Halaman

Isnin, Januari 26, 2009

DSKUSI BUKU : SINARAN MATAHARI
Muslimin Muslimat dijemput hadir ke diskusi buku berjudul Sinaran Matahari* detail seperti berikut:
Tarikh : 2 Februari 2009 (Isnin)
Masa : Lepas Solat Maghrib
Tempat : Surau Al Ikhlas, Jalan Rabung, Bukit Jelutong, Shah Alam
(Dekat Sek. Men. Bkt Jelutong - Jln Serambi)
Pendiskusi: Ustaz Mahfuz Mohammad)
(Pendakwah Bebas)
Dikemukakan keterangan buku yang akan dibincangkan yang diambil dari web Ustaz Abdullah di http://pustaka- alfanshuri. blogspot. com/

Kitab ini ditulis oleh al-‘Alim al-‘Allamah Syaikh Abdul Qadir bin ‘Abdul Mutalib al-Indonisi al-Mandili (1910 – 1965) atau dikenali dengan Syaikh ‘Abdul Qadir Mandailing. Kitab ini beliau tulis untuk menjawab segala kekeliruan yang dibawa oleh seorang ulama ‘kaum muda’ iaitu Ustaz Abu Bakar al-Asy’ari yang bertajuk ‘Ibadat Rasululah صلى الله عليه وسلم. Kitab setebal 88 halaman ini menjawab banyak persoalan yang kini dibangkitkan semula oleh golongan Wahabi. Penulisan kitab ini selesai pada 4 Syawwal 1378H di Mekah al-Mukarramah.

Kitab ini dipuji oleh Syaikh Idris al-Marbawi sebagaimana kata beliau:

Amma ba’d, maka sebelum saya berkata, lebih dahulu saya meninta maaf kepada tuanguru pengarang kitab sinar matahari akan sedikit cakap saya yang akan datang ini.

Sungguhnya ini satu kitab yang belum ada terbit sepertinya pada zaman ini, iaitu kitab Sinar Matahari yang berisi dengan beberapa banyak masalah yang diterangkan dia oleh

pengeluarnya dengan dalil dan hujjahnya yang kuat dan istidlalnya yang terang dan nyata daripada Quran dan hadits dan ijma’ dan qiyas, menunjukkan segala ‘amal didalam agama Islam itu ada cukup tempat ambilnya dan berasasnya yang tidak keluar daripada empat perkara umbinya yang tersebut itu. Maka tiada syak dan tiada goncang ‘aqal yang sejahtera daripada mengamalkan segala isi kitab ini …..

Itulah pengakuan dari ulama terkenal, Syaikh Idris Marbawi yang terkenal dengan Qamus al-Marbawinya dan kitab Bahrul Madhi. Syaikh ‘Abdul Qadir, walaupun ilmunya hebat, namun tiadalah tiada sombong dengan ilmunya. Didalam muqaddimah kitab tersebut beliau menulis:

Dan diharap daripada sekalian pembaca yang terhormat yang melihat akan kesalahan hamba didalamnya bahwa menunjuki ia akan hamba atas demikian itu kesalahan, supaya hamba rujuk daripadanya, kerana manusia itu tempat tersalah dan lupa, dan kerana menerima kebenaran itu wajib, dan kembali kepada yang betul itu lebih baik daripada berkekalan didalam kesalahan ………

Inilah adab ulama kita dahulu, bukannya seperti segelintir cerdik pandai atau yang buat-buat pandai Islam sekarang, ilmu baru sekelumit tapi cakapnya berdegar-degar menyalahkan ulama terdahulu. Tentang biografi tuanguru ini akan saya tulis sedikit masa lagi …. InsyaAllah

Kembali kepada kitab ini, antara perkara yang dijelaskan disini adalah soal wudhu dan yang membatalkannya, hukum melafazkan niat, soal berkaitan dengan sholat, talqin, sampai pahala kepada orang yang sudah mati dan banyak lagi. Bagi mereka yang sering berhadapan dengan golongan ‘yang suka mengeliru dan memecah belahkan umat’ itu, maka seharusnya memiliki kitab ini. Ianya ditulis dengan tulisan jawi. Setakat ini belum dirumikan lagi. Al-Faqir banyak memetik hujjah-hujjah didalam kitab ini untuk menjawab persoalan khilafiah yang dibid’ahkan oleh Wahabi.

Tiada ulasan: