Halaman

Selasa, Julai 19, 2011

MAJLIS BERSAMA ULAMA

bersama

AL-HABIB KAZIM BIN JAAFAR AS-SAGGAF
(Pensyarah Kanan Univ Darul Mustofa , Tarim , Hadramaut , Yaman )

pada:
SABTU , 23 JULAI 2011
SLPS SOLAT MAGHRIB


di
MASJID AL-FALAH USJ 9.


BIODATA RINGKAS PENDAKWAH DARI TARIM
=====================================
  • Nama : al-Habib Musa al-Kazim bin Ja’far bin Muhammad as-Saggaf
  • kelahiran : di Tarim , Hadramaut , Yaman . Tahun 1960
  • menghafaz al-Quran dan lain-lain ilmu yang berkaitan d Bandar Tarim daripada Para Masyayih dan para Habayib di sana , khususnya di pusat pengajian al-Quran Abi Maryam[1] , di Ribath Tarim[2] .
  • Seterusnya mendalami ilmu agama dengan bertalaqqi di hadapan para Ulama di Ribath al-Baidha’ , Bandar al-Baidha’, Yaman.
  • Apabila pulang ke Tarim , diberi tanggungjawab yang berat memimpin Institusi Pengajian Islam Darul Mustofa , cawangan Bandar al-Syihr[3], selama 6 tahun .
  • Seterusnya melebarkan dakwahnya mengajar di Ribath ar-Raudhah dan ribath an-Nuur di Bandar Mukalla[4]
  • sekarang ini menjadi guru di Institusi Pengajian Islam Darul Mustofa , Kampus Induk di Tarim . Juga sebagai ahli jawatankuasa Ifta’ di sini .
  • Beliau sering dijemput ke luar Negara bagi menyampaikan dakwah yang mulia di majlis-majlis ceramah, multaqa’, seminar dan sebagainya di serata dunia . Antaranya ksering ke Jerman , UK, Amerika , Norway dan lain-lain Negara di Benua Eropah , Afrika, termasuklah ke Asia Tenggara ini khususnya ke negara ini.
  • Tidak ketinggalan juga , banyak mengarangkan kitab-kitab agama bagi menyebarluaskan kebenaran Islam ke seluruh pelusuk Dunia .

-------------------------------------------------


[1] Abi Maryam : Terkenal sebagai pusat pengajian al-Quran dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya (seperti Tajwid, Qiraat dsbg) . Terletak di Bandar Tarim. Telah diasaskan lebih daripada 100 tahun yang lalu. Melahirkan ramai penghafaz al-Quran khasna di kalangan para Ulama.

[2] Didirikan pada tahun 1304h (1886m). Dipimpin oleh Mudir yang pertamanya: al-Habib Abdurrahman bin Muhammad al-Masyhur, kemudian al-Habib Abdullah bin Umar asy-Syathiri, seterusnya al-Habib Hasan bin Abdullah bin Umar asy-Syathiri dan kini dipimpin oleh al-Habib Salim bin Abdullah bin Umar asy-Syathiri. Dibina di tengah Bandar Tarim menjadi tumpuan ahli ilmu bagi mendalaminya. Melahirkan ramai para Ulama termasuk daripada rantau nusantara ini .

[3] Nama salah satu bandar di Negeri Hadramaut.

[4] Nama salah satu bandar di Negeri Hadramaut.


LAIN-LAIN MAJLIS BERSAMA HABIB KAZIM AS-SAGGAF DI MALAYSIA

23 Julai , Maghrib :
di MASJID AL-FALAH, USJ 9

24/7 , 12 tghr :
di MADRAS AN-NUR

24/7 , 5 ptg :
di YAYASAN JENDERAM

24/7 , maghrib :
di MASJID AL-BUKHARY, JALAN HANG TUAH KL.

25/7 , 6.45 ptg :
di MASJID AL-BUKHARI, ALOR SETAR , KEDAH

(bersama UMMAH BERSELAWAT)