Halaman

Selasa, Mac 17, 2009

Majlis Maulid Di Pusat Pengajian Ba'alawi, Kemensah
.
Tarikh:
21 Rabi'ul Awwal 1430H/ 18 Mac 2009 (Rabu)
selepas Maghrib
.
Lokasi:
Pusat Pengajian Ba'alawi, No 9, Jalan UP2A, Prima Ukay, Kemensah. (Zoo Negara)
.
Tetamu Khas:
  • Habib Kazim as-Seggaf (dari Tarim, Hadramaut),
  • Habib 'Ali Zainal 'Abidin al-Hamid dan
  • Tuan Guru Baba Abdul Aziz

    Aturcara:
    Sholat Maghrib berjemaah , Bacaan Ratib al-Haddad, Bacaan Maulid - Diyaul Lami', Ceramah oleh Habib Kazim , Qasidah , Ucapan oleh Tuan Guru Baba Abdul Aziz , Ijazah Bacaan Dhiya ul Lame' oleh Habib Kazim , Tertib al-Fatihah oleh Habib 'ali Zainal 'Abidin al-Hamid , Sholat Isya' , Jamuan.

Muslimin dan Muslimat di jemput hadir. Dan sila panjangkan jemputan ini kepada kenalan tuan-tuan/puan-puan. http://pondokhabib.wordpress.com
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL BESAR-BESARAN
BERSAMA ULAMA' AHLIL BAYT
.
TEMA :'CINTA RASUL MANTAP IMAN'
( HAKIKAT SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ASY-SYARIEF)
PENJELASANTENTANG AJARAN BARU YANG MENGHINA RASULULLAH !!! ULAMA' TERSOHOR NEGARA PENYERI SAMBUTAN :
.
AL-FADHIL ASY-SYEIKH MUHAMMAD FUAD BIN KAMALUDDINAL-REMBAWY AL-MALIKI
PENASIHAT, YAYASAN SOFA NEGERI SEMBNILAN.
MERUPAKAN : ِAHLI MAJLIS FATWA NEGERI SEMBILANSEMENJAK TAHUN 2003(Hasil tulisan dan terjemahan beliau telah mencapai lebih 115 buah dalam pelbagai disiplin ilmu agama termasuk 12 karangan berbahasa 'Arab yang diterbitkan di Mesir).
.
ULAMA' TERSOHOR LUAR NEGARAPENAMBAH SERI SAMBUTAN :
DR. ASY-SYEIKH SALIM ALWAN AL-HASANY PENGERUSI, DARUL FATWA AUSTRALIA
MERUPAKAN : ِحَفِيدُ رَسُولِ الله الشَرِيف(CUCU CICIT KETURUNAN RASULULLAH YANG MULIA DARI NASAB SAIYYIDINA HASAN RODHIALLAAHU 'ANHU)
.
TARIKH :19 MAC 2009(KHAMIS MALAM JUMAAT)
MASA :SELEPAS SOLAT MAGHRIB
TEMPAT :YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILANKm 35 Jalan Seremban Tampin, 71350 Kota, Negeri Sembilan.
TEL/FAKS: 06-4450363
.
MUSLIMIN-MUSLIMAT DARI SELURUH PELUSUK NEGARA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI, BUKAN SAHAJA MERAIKAN SAMBUTAN MAULIDUN NABI & MENGAMBIL ISTIFAADAH DARIPADA CERAMAH YANG BAKAL DISAMPAIKAN BAHKAN JUGA MENGAMBIL KEBERKATAN DARIPADA KETURUNAN BEGINDA RASULULLAH KEKASIH ALLAH YANG MULIA !!! UHIBBUKA YA RASULULLAH !KAMI CINTA KAMU WAHAI KEKASIH ALLAH !
Jemputan Kursus AUK Tahap Asas secara intensif di Alor Setar Kedah

Atas permintaan orang ramai di utara Semenanjung Malaysia, HALUAN Negeri Kedah, dengan kerjasama Perkim Usj, akan melaksanakan kursus Akar Umbi Kristianiti ini secara intensif
Sasaran peserta :
pendakwah dan mereka yang berminat di Kedah, Perlis dan P.Pinang; pelajar dan pengajar IPT; serta pegawai2 jabatan agama negeri2
.
Tempat :
Dewan Masjid Yayasan Bukhari, Alor Setar, Kedah
.
Tarikh:
3 dan 4 April 2009
Jam
8.30 pagi- 4.30 pm
Peserta akan didedahkan dengan kaedah dakwah dan berinteraksi dengan berhikmah kepada kawan, taulan dan jiran yang beragama kristian agar mampu mendekati dan membawa mereka kepada Deen Allah. Peserta akan diajar berinteraksi dan menggunakan bible dengan mudah. Semua ini akan menjadi perisai dan alat yang berguna untuk mereka yang bekerja untuk Islam tanpa membiarkan mereka yang belum mendapat seruan Allah. Mereka adalah peluang dan mad'u (pelanggan) kita.
Tempat adalah terhad ,
Berminat ?
Hubungi Encik Khairi 012-539 1776
Daftar dan sebarkan untuk kebaikan.

Jumaat, Mac 13, 2009

Kuliah Tafaquh Bulanan
(setiap Sabtu Minggu 3) bersama:
1. Sheikhuna Dato' Hj Salleh Hj Ahmad
(Timb YDP PUM)
- Muzakarah Kitab Al-Iqna'
.
2. Us. Hj Zamihan Md Zain
(AJK PUM WP)
- Muzakarah Kitab Jawharatu Tauhid

Pada: 14 Mac 2009 (Sabtu)
Jam: 9.00-12.30 tghri
Tempat:
Dewan Masjid Al-Muhsinin,
Taman Danau Desa,
Off Jln Klang Lama, KL

Yuran Percuma.
jamuan pagi / tghri disediakan.

para asatizah dijemput hadir.
maklumat lanjut hubungi: 013-6714932

Rabu, Mac 11, 2009

MAJLIS AQIQAH DAN BACAAN MAULID

.

pada

KHAMIS ,

12 MAC 2009 ( 15 R'awal 1430)

.

jam :

6.45 ptg - 10 mlm

.

aturcara :

6.45 ptg : BACAAN WIRDUL LATHIF

: SOLAT MAGHRIB

: BACAAN MAULID

: TAZKIRAH oleh ;-


  • SYEIKH SAYYID AFIFUDDIN AL-GIYLANI

(maklumat terkini - Syeikh Afifuddin tak dapat hadir pada malam ini)

  • HABIB KAZIM JAAFAR AS-SAGGAF

semua muslimn & muslimat adalah di jemput hadir

Khamis, Mac 05, 2009

MAJLIS SEMPENA MAULIDURRASUL DI MAF
aturcara @ 7 MAC 2009:
1) KULIAH SUBUH oleh:
AL-HABIB SOLEH BIN MUHAMMAD AL-JUFRI

2) MAJLIS UTAMA bermula 6.00 PTG :
- CERAMAH oleh HABIB SOLEH AL-JURFI .
- bacaan WIRDUL LATHIF
- Solat Maghrib
- bacaan MAULID & QASIDAH
- CERAMAH UTAMA oleh :
HABIB KAZIM BIN JAAFAR AS-SAGGAF
(Pendakwah dari Tarim , Hadramaut, Yaman)
-lihat biodata ringkasnya di bawah-


3) anda juga turut dijemput
ke QIYAMULLAIL & BACAAN BURDAH
bermula pada :
3.30 pg ISNIN , 9 MAC 2009
(12 RABIUL AWAL 1430)


4) FORUM MAULIDURRASUL
9.30 pg, ISNIN , 9 MAC 2009
(12 RABIUL AWAL 1430)

-lihat maklumat lanjut di bawah-


ANDA SEMUA DI JEMPUT HADIR
------------------------------------------------------------
BIODATA RINGKAS PENDAKWAH DARI TARIM
  • Nama : al-Habib Musa al-Kazim bin Ja’far bin Muhammad as-Saggaf
  • kelahiran : di Tarim , Hadramaut , Yaman . Tahun 1960
  • menghafaz al-Quran dan lain-lain ilmu yang berkaitan d Bandar Tarim daripada Para Masyayih dan para Habayib di sana , khususnya di pusat pengajian al-Quran Abi Maryam[1] , di Ribath Tarim[2] .
  • Seterusnya mendalami ilmu agama dengan bertalaqqi di hadapan para Ulama di Ribath al-Baidha’ , Bandar al-Baidha’, Yaman.
  • Apabila pulang ke Tarim , diberi tanggungjawab yang berat memimpin Institusi Pengajian Islam Darul Mustofa , cawangan Bandar al-Syihr[3], selama 6 tahun .
  • Seterusnya melebarkan dakwahnya mengajar di Ribath ar-Raudhah dan ribath an-Nuur di Bandar Mukalla[4]
  • sekarang ini menjadi guru di Institusi Pengajian Islam Darul Mustofa , Kampus Induk di Tarim . Juga sebagai ahli jawatankuasa Ifta’ di sini .
  • Beliau sering dijemput ke luar Negara bagi menyampaikan dakwah yang mulia di majlis-majlis ceramah, multaqa’, seminar dan sebagainya di serata dunia . Antaranya ksering ke Jerman , UK, Amerika , Norway dan lain-lain Negara di Benua Eropah , Afrika, termasuklah ke Asia Tenggara ini khususnya ke negara ini.
  • Tidak ketinggalan juga , banyak mengarangkan kitab-kitab agama bagi menyebarluaskan kebenaran Islam ke seluruh pelusuk Dunia .

-------------------------------------------------


[1] Abi Maryam : Terkenal sebagai pusat pengajian al-Quran dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya (seperti Tajwid, Qiraat dsbg) . Terletak di Bandar Tarim. Telah diasaskan lebih daripada 100 tahun yang lalu. Melahirkan ramai penghafaz al-Quran khasna di kalangan para Ulama.

[2] Didirikan pada tahun 1304h (1886m). Dipimpin oleh Mudir yang pertamanya: al-Habib Abdurrahman bin Muhammad al-Masyhur, kemudian al-Habib Abdullah bin Umar asy-Syathiri, seterusnya al-Habib Hasan bin Abdullah bin Umar asy-Syathiri dan kini dipimpin oleh al-Habib Salim bin Abdullah bin Umar asy-Syathiri. Dibina di tengah Bandar Tarim menjadi tumpuan ahli ilmu bagi mendalaminya. Melahirkan ramai para Ulama termasuk daripada rantau nusantara ini .

[3] Nama salah satu bandar di Negeri Hadramaut.

[4] Nama salah satu bandar di Negeri Hadramaut.

FORUM MAULIDURRASUL MAF

(Sayangi Rasulullah SAW)

.

Ahli panel

1.Ust Zamri Zainal Abidin
2.Ustz Salbiah Omar
3.Ust Mohd Khairul Ikhwan

Moderator

Ust Zainudin Abu Bakar

.

Tarikh :

ISNIN, 9hb Mac 2009 /

12hb Rabiul Awal 1430H

.

Masa :

9.30 pagi ~Bacaan Al Quran / Persembahan Nasyid Kanak-kanak

10.00 pagi ~ FORUM

.

Tempat:

DEWAN SOLAT MASJID AL FALAH, USJ 9



MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR.