Halaman

Jumaat, Januari 09, 2009

Aman Palestin akan menganjurkan Rapat Umum “Selamatkan Gaza”

Tarikh: 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Masa: 9 pagi hingga 12 tengahari
Tempat: Stadium Melawati Shah Alam

Berikut adalah bahan-bahan promosi program. Harap anda semua dapat sebarkannya. Kalau mampu, printkan dan edarkan kepada masyarakat.Sekiranya anda ingin berkongsi bahan-bahan, gambar-gambar, poster-poster, slogan, sepanduk dan banner yang relevan untuk rally ini, sila hubungi saya.

Saya boleh kongsikan dalam album ini.Program akan dihadiri media antarabangsa seperti Al-Jazeera, CNN, etc & media tempatan seperti Media PrimaTurut bersama menjayakan rally: ISMA, PEMBINA, UMNO, ABIM, PAS, JIM, & NGO-NGO serta badan-badan seluruh Msia. Jemput hadir bersama keluarga & rakan-rakan

Objektif:
1- Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
2- Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.
3- Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Aktiviti:
Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.

refer : http://ismaweb.net/v2/ & http://amanpalestin.org/

Tiada ulasan: