Halaman

Rabu, Mei 28, 2008

PENGAJIAN DI LUAR MAF

PENGAJIAN KILAT
KITAB "BIDAYATUL HIDAYAH" (Permulaan Jalan Hidayah)
Bersama :
Shaikh AHMAD FAHMI ZAMZAM al-Maliki an-Nadwi
[Insyaallah setelah tamat pengajian Tuan Syaikh akan mengijazahkan sanad kitab tersebut]
  • Tempat:
    di Pusat Pengajian Ba’alawi,
    No.9, Jalan UP2A Prima Ukay, Kemensah Heights
    (belakang Zoo Negara)
  • pada :
25 Jumadil Awwal 1429H / 31 Mei 2008 (Sabtu) &
26 Jumadil Awwal 1429H / 1 Jun 2008 (Ahad)
  • Jadual Pengajian :
sesi 1 : 9.00 pagi – 1.00 tengahari
sesi 2 : Lepas sholat asar - azan maghrib
sesi 3 : Selepas sholat maghrib – 10.00 mlm
  • tiada yuran dikenakan , hanya beli kitab sahaja (RM10.00-versi rumi), malah Makan-minum akan disediakan oleh pihak penganjur
  • Kitab ini adalah karangan al-Imam al-Ghazali dan telah diterjemahan oleh Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam sendiri.
  • oleh kerana tempat terhad , sila daftar segera dgn taip perkataan "KILAT" & sms ke : 012-2600160

Selasa, Mei 20, 2008

FORUM HARI IBU

FORUM SEMPENA HARI IBU
tajuk
KASIH IBU SEPANJANG MASA

ahli panel
U. ZULKIFLI AHMAD
U SHAUQI OSMAN (UPM)
U YUSAINI YAHYA (MEDERATOR)

pada
24 MEI 2008
18 JAMADIL AWAL 1429
HARI SABTU

waktu
SELEPAS SOLAT MAGHRIB
8.00 MALAM - 10.00 MALAM

tempat
DEWAN SOLAT , MAF.

Ahad, Februari 24, 2008

KISAH DURRAH BINTI ABU LAHAB

Kisah Durrah binti Abu Lahab

Durrah binti Abu Lahab masuk Islam, kemudian hijrah dan mengamalkan Islam dengan baik. Imam Adz-Dzahabi berkata :”Dia mempunyai sebuah hadits dalam “Al-Musnad”, dari riwayat putera pamannya, Al-Harits bin Naufal.” [Ath-Thabaqaat (8/34), Al-Istii'aab (4/290), Al-Ishaabah (7/634), dan Ushudul Ghaabah (5/449)]

Ibnu Hajar menyebutkan dalam Al-Ishaabah, bahwa : ketika Durrah binti Abu Lahab datang ke Madinah sebagai muhajir, dia turun di rumah Rafi’ bin Mu’alla. Kemudian beberapa wanita bani Zuraiq berkata kepadanya: "Engkau puteri Abu Lahab, yang Allah berfirman tentang dia :

تبت يدا أبي لهب وتب . ..سورة اللهب أو المسد

“Binasalah kedua tangan Abu Lahab (QS. Al-Lahab, 111:1). Maka hijrahmu tidak berguna bagimu.” Kemudian dia datang kepada Nabi SAW dan menceritakan hal itu kepada beliau. Maka Nabi SAW berkata :”Duduklah.”Kemudian beliau mengimami Sholat Zhuhur dan duduk di atas mimbar sesaat. Lalu beliau bersabda :”Wahai, orang-orang, mengapa aku diganggu atas keluargaku ? Demi Allah, sungguh syafa’atku akan diperoleh kerabatku, bahkan Shada’, Hakam, dan Salhab pun akan memperolehnya pada hari kiamat.”

[Ibnu Hajar menyebutnya dalam Al-Ishaabah dengan perkataan: Diriwayatkan oleh Ibnu Ashim, Thabarani dan Ibnu Mandah, dari jalan Abdurrahman bin Basyar, dan ia adalah dhoif, dari Muhammad bin Ishaq, dari Nafi' dan Zaid bin Aslam, dari Ibnu Umar, dan Sa'id Al-Maqbari dan Ibnu Al-Munkadir, dari Abu Hurairah, dan dari Ammar bin Yasir. Mereka berkata: "Datang Durrah....hingga akhir hadits...." ; Al-Ishaabah, juz 7 hal. 634]

Daruquthni meriwayatkan dalam kitab Al-Ikhwah, Ibnu Ady dalam Al-Kaamil dan Ibnu Mandah dari Durroh binti Abu Lahab, dia berkata : Nabi SAW bersabda :”Orang hidup tidak boleh mengganggu orang yang sudah mati.”

Adab Nabawi inilah yang patut kita miliki dan tidak kita tinggalkan selamanya, betapa pun kita memusuhi orang yang sudah mati itu.


sumber drpd sahabat 3i@yahoogroup.