Halaman

Selasa, Disember 16, 2008

KULIAH MAGHRIB KHAS
/
oleh
Y.B. UST TAIB AZAMUDDIN MOHD TAIB
(Ahli Parlimen Baling, Kedah & mantan Imam Besar Masjid Negara)
/
RABU , 17 DIS 2008
SELEPAS MAGHRIB

/
di MASJID AL-FALAH USJ 9
/
semua dijemput hadir

Isnin, Disember 15, 2008

KEM SMART MUSLIM - modul A.S.A.S
(Aqidah , Solat , Al-quran , Soleh)
.
PROGRAM INI DI PINDAHKAN KE
MASJID AL-A'AZIM , PANDAN INDAH .
.
PADA : 20 - 21 DIS 2008
.
KETERANGAN LANJUT @ PENDAFTARAN , SILA HUBUNGI :
U AHMAD SHAHDAN : 019-652 1801
.
jam:
mula 9.00 pg , 20 Dis 2008 (pendaftaran) . program sepanjang hari hingga malam & peserta tidur semalam di sini hingga tamat jam 12.30 tghr ( 21 Dis 2008)
.
Penyertaan : Umur 7 -15 thn
.
Yuran : RM100.00 (2 hari , 1 malam)
.
MODERATOR:
1) UST. M RAZI ASROR AL-HAFIZ AS-SUDANI
2) UST AHMAD SHAHDAN AL-HAFIZ AL-YAMANI
.
Anjuran :
Pertubuhan Kebajikan dan Pembangunan Insan al-Qursi (QURSI) & MASJID AL-A'AZIM
.
LANJUT / PENDAFTARAN , SILA HUBUNGI :
U AHMAD SHAHDAN : 019-652 1801
SEMINAR KESEDARAN HALAL & KEPENGGUNAAN ISLAM
.
Pada:
18 Disember 2008 (Sabtu)
.
Bertempat Di:
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
.
Anjuran:
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
.
ATURCARA PROGRAM :

7.30 pagi :Pendaftaran / Sarapan pagi
8.30 pagi :Ketibaan Tetamu jemputan
8.45 pagi :Majlis Perasmian
.
10.30 pagi : Pembentangan Kertas 1 (Pengurusan Halal Satu Jihad )
-Y.Bhg. En. Jamaludin Md Ali (Pengarah Urusan KFC Holdings (Malaysia) Bhd/QSR Brands Berhad)
-Moderator: Y.Bhg. Puan Hajjah Saimah binti Mukhtar (Timbalan Pengarah Operasi, JAWI )
.
11.30 pagi : Pembentangan Kertas 2 (Standard Halal MS 1500:2004 –Keperluan Dan Kepentingannya
-1) Y.Bhg. Pn Mariam Mohd Din (Ketua Penolong Pengarah Bahagian
Akreditasi Standards Malaysia)
2) Bahagian Teknologi Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
3) Y.Bhg. Ustz Zainal Abidin Jaffar (Pengurus Kanan Audit Dan Persijilan
Halal Integriti, Halal Industry Development Corporation )
-Moderator : Tuan Hj. Che Mat Deraman (Ketua Penolong Pengarah Kanan (Dakwah), JAWI)
.
1.00 ptg : Makan Tengahari Dan Solat Zuhur
2.00 ptg : Pembentangan Kertas 3 (Malaysia Ke Arah Peneraju Industri Halal- Peranan HDC)
- Y.Bhg. Dr. Nor Azman Ngah (Pengurus Besar (Halal Park) Halal Industry Development Corporation)
- Moderator :Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
.
2.45 ptg : Pembentangan Kertas 4 (Penguatkuasaan Perbahasan Halal Dan Tindakan Undang-Undang)
- oleh KPDNHEP
- Moderator : DPIM Wilayah Persekutuan
.
3.30 ptg : Pembentangan Kertas 5 (Konsep Halalan Toyyiban Dan Kepenggunaan Islam)
-Y.Bhg. Dato’ Dr’ Ma’mor Osman (Setiausaha Agong Persatuan Pengguna Islam Malaysia , PPIM)
-Moderator : Y.Bhg. Dato’Johari Mohamed (Timbalan Pengerusi Biro Korporat DPIM)
.
4.15 ptg : Pembentangan Kertas 6 (Insentif Dalam Pembangunan Industri Halal)
-Y.Bhg. En. Mohd Farid Awang (Pengurus, Bahagian Pembangunan Enterprise Dan Keusahawanan , SMIDEC)
- Moderator : Perbadanan Putrajaya
.
4.45 ptg : Pembentangan Kertas 7 (Menembusi Pasaran Hypermarket )
- 1) Y.Bhg. En. Shahrizat Mohd Ayub (Eksekutif Produk Tempatan, Giant)
2) Y.Bhg. En. Norman Rajen Abdullah (Pengurus Kanan Merchandising, MYDIN)
- Moderator : FAMA
.
.
* ATURCARA PAMERAN /JUALAN AMAL KHKI’08
Tarikh : 18/12/2008 (9.30 pagi- 5.00 petang)
19/12/2008 (9.30 pagi- 3.30 petang)
.
Pendaftaran Percuma (termasuk bahan pengisian dan makan minum)
PENGESAHAN KEHADIRAN @ MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
03-22749333 sambungan 1405 / 1403 / 1404 / 1409

Sabtu, Disember 06, 2008

KELEBIHAN ZULHIJJAH
.
Esok, Ahad 9 zulhijjah
bersamaan 7 Dis 2008
.
HARI ARAFAH :
sunat muakkad berpuasa
Akan Memadamkan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang .. mafhum Hadis Muslim
.
AMARAN NABI SAW ...
Sesiapa yang ada kemampuan tetapi tak mahu melaksanakan Ibadah Qurban , maka jangan dia hampiri musolla (tempat solat) kami ... ...mafhum hadis .
.
"SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA"

Khamis, Disember 04, 2008

QURBAN MAF
·
dilaksanakan secara gotong royong pada :
HARI KHAMIS 13 Zulhijjah 1429 (11 Dis 2008)
(dipinda dari tarikh asal : ISNIN , 10 zulhijjah 1429 (8 disember 2008)
.
ATURCARA :
7.00 PAGI : KEHADIRAN & SARAPAN
7.15 PAGI : GOTONG ROYONG DIMULAKAN
1.00 PTG : JAMUAN AIDUL ADHA
.
HARGA :
Sebahagian Lembu : RM 350.00 (Seekor : RM 2450)
Seekor Kambing : RM 700.00 (qurban @ aqiqah)
.
maklumat lanjut :
Hj Roslee Abu : 019-350 8383
Hj Majid Maidin : 019-754 2901
PENYERTAAN TERHAD KEPADA 25 EKOR LEMBU & 20 EKOR KAMBING TERAWAL SAHAJA.

Jumaat, November 28, 2008

MAJLIS BERSAMA HABIB ZAID BENYAHYA
.
Beliau meruakan salah seorang pensyarah kanan KOLEJ DARUL MUSTAFA (Milik Habib Umar Ben Hafiz), Tarim , Hadramaut, Yaman . Ketua MARKAZ AN-NUUR (Dibawah pentadbiran Kolej Darus Mustafa)yang bertanggungjawab menyimpan manuskrip asal kitab para ulama Hadramaut.
.
pada :
AHAD , 30 NOV 2008
(2 ZULHIJJAH 1429)
.
SELEPAS SOLAT MAGRIB
.
DI MASJID AL-FALAH USJ 9
.
HARAP SEMUA DAPAT HADIR .

Khamis, November 27, 2008

DISKUSI ILMIAH BUKU "MAKNA SEBENAR BID'AH SATU PENJELASAN RAPI" - Siri 2
.
Muslimin dan muslimat dijemput hadir ke program ini. Ini adalah siri kedua lanjutan dari siri 1 yang lalu.
.
Tarikh : 1 Disember 2008 (Isnin)
Masa : 7.30 mlm - 9.00 mlm
Tempat : Surau Al Ikhlas, Jln Rabung, Bukit Jelutong Shah Alam.
Pendiskusi : Ustaz Mahfuz Muhammad
(Pendakwah Bebas)

Selasa, November 11, 2008

PENGAJIAN KITAB

Kitab :
SAIRUS SALIKIN
(karangan Syaikh Abdusshomad al-Falimbani )
....
....
Disampaikan oleh :
TUAN GURU SYEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM
AL-MALIKI AN-NADAWI
....
....
Pada :
AHAD , 16 NOV 2008
18 ZUL QAEDAH 1429 H


....
....
Jam :
daripada 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari
...
....
Tempat :
Masjid al-Falah, USJ 9,
.....
......
.Muslimin dan muslimat dijemput hadir.
.
.
Marilah kita merebut peluang mendalami ilmu agama melalui kitab ini yang penuh keberkatan .

Isnin, November 10, 2008

SEMINAR RAWATAN ISLAM 2008
Bersama membongkar khazanah perubatan Islam mengikut Sunnah. Ruang berdiskusi bersama ulamak tersohor dalam bidang rawatan Islam. Wajib diserta semua pencinta dan perawat Islam, pensyarah, guru, orang tua, orang muda, mahasiswa, masyarakat awam dll. Jawapan terbaik untuk anda bagi masalah khadam jin, bedah batin, ubat dari jauh, dan 1001 masalah perubatan dengan pembentangan terbaik oleh Ybhg.Dato Dr Harun Din dan Dato Ismail Kamus. Daftar segera...
TARIKH SEMINAR : 16 NOVEMBER 2008 ( AHAD )
TEMPAT SEMINAR: Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor
MASA SEMINAR : 8.00 pagi - 5.30 petang
ANJURAN : IQ INSAN TRAINING & CONSULTANCY dengan kerjasama
Badan Kebajikan Masjid Negeri Selangor (BAKAMAS)
PENCERAMAH :
1. Ybhg.TG Dato' Dr.Harun Din (Penasihat Darussyifa')
2. Ybhg.TG Dato' Ismail Kamus (Penasihat Darussalam)
3. Ybhg.Ust.Mohd Fauzi Mustafa (Darussyifa')
4. Ybhg.Ust.Abd.Manaf Bin Jusoh (Pengerusi Darussalam)
5. Ybhg.Ust.Hanif Ghazali (Darussalam)
6. Ybhg.Ust.Syeikh Hanafi Rahman Fesfanji (Gombak)

Sebarang Pertanyaan dan urusan PENDAFTARAN, SILA HUBUNGI : Sdr.Md Zaini Zainal di talian, 019 6666 004.
atau layari laman web kami,
www.iqinsan.com
Terhad kepada 500 penyertaan sahaja....
Program terhangat yang pasti ditunggu-tunggu seluruh masyarakat Islam....Jangan lepaskan peluang terbaik menyertai kami....................

Ahad, November 09, 2008

PENGAJIAN KITAB IMAM HADDAD
di Masjid Baitul Aman, Kuala Lumpur
.
Tarikh: 17 Dhulqaedah 1429/15 November 2008 (Sabtu)
Masa: Selepas sholat Maghrib
Lokasi: Masjid Baitul Aman,102, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Kitab: an-Nasooih ad-Diiniyah wal Washooyaa al-Imaniyah (Nasihat Agama dan Wasiat Iman)
Pengajar: al-Habib 'Ali Zainal 'Abidin al-Hamid
.
Tarikh: 18 Dhulqaedah 1429/16 November 2008 (Ahad)
Masa: Selepas sholat Maghrib
Lokasi: Masjid Baitul Aman,102, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Kitab: ad-Da'wah at-Tammah wa Tazkiratul 'Aammah (Dakwah Yang Sempurna dan Peringatan Yang Utama)
Pengajar: Syed Najmuddin bin Syed Othman al-Kheerd

Jumaat, Oktober 24, 2008

HOL IMAM AL-HADDAD
majlis-majlis HOL IMAM HADDAD 2008 akan bermula .
jadual kemuncaknya adalah seperti berikut :

1) JUMAAT , 31 OKT, 6.00 ptg- 10.30 mlm. DI MASJID AL-FALAH USJ 9, SUBANG JAYA.
2) SABTU , 1 NOV , 5.30 - 10.00 mlm, DI MASJID BAITUL AMAN , JALAN DAMAI , KL.
3) AHAD , 2 NOV, 6.00 - 10.30 mlm, DI MASJID AL-BUKHARY, JLN HANG TUAH, KL.
.
Penceramah jemputan utama di lokasi tersebut:
1) ALLAMAH HABIB SALIM BIN ABDULLAH ASY-SYATHIRI AL-HADRAMI (digelar sebagai SULTAN ULAMAK di Hadramaut & sebagai MUDIR RIBAT TARIM - Institusi Pengajian Tertua di Bandar Tarim, Hadramaut , Yaman)

2) HABIB NAJIB TOHA AS-SEGGAF

3) HABIB SOLEH JUFRI (gambar di atas)

4) HABIB TAUFIQ BIN ABD QADIR AS-SEGGAF

* maklumat lanjut tentang Majlis-majlis haul seluruh Semenanjung Malaysia , Sarawak & Brunai , klik di sini : www.alhawi.net

semua muslimin & muslimat adalah di jemput hadir

tolong sebar2kan , syukran .

BIOGRAFI RINGKAS

1) SOHIBUL HAUL : AL-IMAM AL-HADDAD


[Manaqib ringkas Qutb al-Da’wah wa al-Irsyad al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alawi al-Haddad رضي الله عنه boleh anda baca di Catatan Perjalanan Ke Tarim, Hadramuat – 11.]

2) AL-HABIB SALIM BIN ABDULLAH ASY-SYATHIRI AL-HADRAMI AL-HUSAINI.

Habib Salim bin 'Abdullah bin 'Umar asy-Syathiri dilahirkan di Kota Tarim, Hadhramaut pada tahun 1359H. Ayahanda beliau, Habib 'Abdullah adalah pendiri Rubath Tarim yang telah melahirkan ribuan ulama dan santri dari segenap pelosok dunia Islam. Beliau terkenal sebagai seorang ulama yang sholih. Bonda Habib Salim, Syarifah Ruqayyah binti Muhammad bin Hasan Mawla Aidid, adalah seorang wanita yang sholehah yang gemar beruzlah untuk beribadah kepada Allah.


Tatkala berusia 3 tahun, Habib Salim menjadi yatim dengan pemergian ayahanda beliau ke rahmatUllah. Namun asuhan dan didikan agamanya tidak pernah terabai, belum pun genap umurnya 11 tahun beliau sudah hafal al-Quran. Beliau telah menimba berbagai ilmu pengetahuan dari sekitar 80 orang ulama-ulama besar Hadhramaut dan Haramain, antara guru beliau adalah:-
  • Habib Muhammad al-Mahdi;
  • Habib Abu Bakar;
  • Habib Hasan bin 'Abdullah asy-Syathiri;
  • Habib 'Alwi bin Syihabuddin;
  • Habib Ja'far bin Ahmad al-'Aydrus;
  • Habib 'Alwi bin 'Abbas al-Maliki al-Hasani;
  • Syaikh Hasan bin Muhammad Masyath;
  • Syaikh 'Abdullah Sa`id al-Lahji asy-Syafi`i;
  • Habib Hasan bin Muhammad Fad`aq;
  • Syaikh Hasan bin Sa`id dan ramai lagi.
Sekembalinya beliau ke Yaman, beliau telah menggunakan masanya untuk berdakwah dan menyebar ilmu. Beliau pernah tinggal 15 tahun di Kota Aden dan menjadi guru dan khatib di Masjid Habib Abu Bakar al-'Adni bin 'Abdullah al-Aydrus. Pada tahun 1403, atas permintaan Habib Zain bin Ibrahim BinSmith dan Habib Muhammad al-Haddar, beliau bermukim di Kota Madinah dan mengasuh Rubath al-Jufri.

Telah banyak santri yang mengambil manfaat dari kedalaman ilmu beliau. Beliau dikenali memiliki keikhlasan yang tinggi, akhlak yang mulia serta sentiasa menjaga sunnah Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Dakwah dan menyebarkan ilmu tidak menghalang dirinya untuk memperbanyakkan ibadah-ibadah khususiyyah seperti sholat-sholat sunnat. Setiap Ramadhan, beliau menambah sembahyang malamnya sehingga 100 rakaat setiap malam. Kini Habib Salim mengabdikan dirinya untuk mengasuh Rubath Tarim yang mempunyai sekitar 500 orang santri dari berbagai negara termasuklah Malaysia. Selain itu, beliau tetap melakukan rehlah dakwah ke berbagai pelosok dunia Islam. Mudah-mudahan Allah memberi kesihatan yang sempurna serta melanjutkan usia ulama yang digelar sebagai "Sulthanul 'Ilmi" ini demi manfaat agama dan umat. Allahumma aamiin

3) AL-HABIB SOLEH AL-JUFRI :

Beliau adalah Habib Sholeh bin Muhammad al-Jufri. Merupakan generasi pertama yang dididik oleh al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz. Dilahirkan di Surakarta pada 30 September 1970. Seorang yang terkenal sebagai penterjemah yang handal.


Selain dikenal sebagai pentererjemah, beliau juga mengisi kegiatan sehari-hari sebagai Pengasuh Pondok Pesantren Darul Musthofa di Desa Salam RT 01/03, Kecamatan Karang Pandan, Kabupaten Karanganyar, Jawa Tengah.

Mendapat pendidikan awal daripada kedua orang tuanya di Surakarta. Selain itu, ayahnya juga mengundang guru mengaji ke rumah. Selain itu, ia juga mengikuti pengajian di zawiyah Habib Anis al-Habsyi di Gurawan, Solo, mulai 1985. Pada akhir 1993 beliau berangkat seorang diri ke Yaman dengan berbekal sebuah alamat dari seorang ustadz yang dikenalinya di Pakistan. Sampai di Yaman ia langsung menuju alamat yang dipegang dan setelah mencari sebentar, akhirnya ia menemukan alamat tersebut. Di tempat tersebut, Habib Sholeh belajar pada Habib Musa Kadhim as-Saqqaf dan Habib Abdurahman bin Hafizh (keponakan Habib Umar). Melalui kedua gurunya itulah, Habib Sholeh mengetahui Habib Musa Kadhim dan Habib Abdurrahman adalah murid dari Habib Umar Al-Hafizh, sehingga timbul dalam hatinya untuk belajar pada Habib Umar. Ia akhirnya mendapat izin belajar pada Habib Umar di Tarim.

Ketika di Tarim juga beliau mengikuti majlis-majlis taklim yang adakan oleh Habib Hasan asy-Syatiri, Habib Salim asy-Syatiri, Habib Abdullah bin Shahab, Habib Mayshur al-Aidarus, Syaikh Fadl BaFadal, Habib Sa’ad al-Aidarus dan lain-lain. Pada tahun 1998, beliau bersama dengan angkatan pertama murid Habib Umar, pulang ke Indonesia. Setelah pulang, beliau bergabung dengan majelis taklim Habib Anis bin ‘Alwi bin ‘Ali al-Habsyi.

Pada tahun 1999, beliau dengan rakan-rakan di Solo mendirikan sebuah pondok pesantren yang direstui oleh Habib Anis dan Habib Umar.


4) HABIB NAJIB BIN THOHA AS-SEGGAF





5) HABIB TAUFIQ BIN ABDUL QADIR AS-SEGGAF :

Habib Taufiq berasal dari kota Pasuruan yang terkenal sebagai kota santri dan juga terkenal dengan gudang ulama habaib. Nama beliau adalah al-Habib Taufiq bin Abdul Qadir bin Hussin as-Saqqaf. Bagi mereka yang pernah melanggan atau membaca majalah Cahaya Nabawiy, nama beliau sudah tiadak asing lagi. Beliau dilahirkan pada tahun 1969. Selain belajar dari ayahnya, Habib Taufiq juga dari para habaib di kota Pasuruan antaranya Habib Ahmad bin Hadi al-Hamid, Habib Umar bin Hasyim BaAgil. Walaupun beliau tidak mendapat pendidikan secara formal namun pengajian dari seorang habaib kepada habaib yang lain sudah cukup untuk menjadi bekal beliau untuk berdakwah.


Setelah menggali ilmu ke berbagai tempat dan habaib serta ulama. Mulailah ia merintis berdakwah. Pada awalnya ia hanya membuka madrasah di Jl. KH Wahid Hasyim (barat Masjid kota) Pasuruan. Ia kemudian melanjutkan pengelolaan madrasah yang pernah diasuh oleh Habib Ja’far bin Syaikhon as-Saqqaf (datuknya) dan Habib Abdul Qadir bin Husein as-Saqqaf (ayahnya).

Aktiviti dakwahnya tidak hanya membuka taklim di rumahnya. Beliau kemudian mulai merintis jalan menghasilkan majalah Islam yang bernama Cahaya Nabawiy bersama kawan-kawannya yang ada di kota Pasuruan.

Untuk mematangkan konsep dan langkah berdakwahnya, bermula tahun 2003, ia mendirikan Pondok Pesantren di Jl Sidogiri, Pasuruan yang bernama Pondok as-Sunni as-Salafiyah ( kalau di Jawa Timur, istilah Salafi dipakai merujuk kepada golongan bermazhab seperti kita atau istilahnya "kaum tua" dan bukannya golongan Salafi-Wahhabi-Kaum Muda). Sistem pesantren ini menggunakan halaqah yang menggunakan kitab-kitab salaf (kitab turats). Kini jumlah santri yang beliau kelola termasuk dicawangannya sudah mencecah ribuan orang santri. Ma’had asuhannya kini telah mempunyai 30 cabang madrasah dan 13 pondok pesantren yang tersebar di Jawa, Bali dan Kalimantan.

Beliau mempunyai jadual majlis taklim dan dakwah yang cukup padat. Antaranya mengajar di rumahnya di Jl KH Wahid Hasyim tiap hari jam enam pagi dan teruskan dengan pembacaan kalam salaf. Majelis Taklim yang sudah berlangsung turun-temurun dari datuknya, Habib Ja’far bin Syaikhon as-Seggaf dan ayahandanya, Habib Abdul Qadir bin Husein as-Seggaf yakni membacakan Kitab Ihya Ulumiddin karya Hujjatul Islam, Imam Ghazali yang diikuti oleh masyarakat Pasuruan dan sekitarnya. Uniknya dari setiap acara pengajian baik di rumahnya maupun di Pesantren Sunni as-Salafiyah dipancarkan langsung melalui Radio Suara Nabawiy kelolaan beliau. Demikian sedikit mengenai Habib Taufiq.

~ Sekian , dipetik dari abu zahrah abdullah thahir , sohib : www.majlisilmu.blogspot.com ~

Isnin, Oktober 20, 2008

bersama : ..
pada:
1) jumaat
24 okt 2008 = 24 syawal 1429
selepas Magrib
di Masjid al-Munawwarah , seksyen 27 Shah Alam.
..
.
2) Sabtu
25 okt 2008 = 25 syawal 1429
9.00 pagi - 12.30 tghr
di Masjid al-Falah USJ
..
.
3) 25 okt = 25 syawal
selepas Maghrib
di Masjid Proton, Seksyen 26 Shah Alam.
..
.
4) Ahad :
26 okt 2008 = 26 Syawal 1429
9.00 pagi - 12.30 tghr
di Masjid al-Falah USJ
..
..
kitab :
1) Hadis Riwayat 10 Sahabat - Jilid 2
2) Ringkasan Nasihat Agama
..

maklumat lanjut , email :

Jumaat, Oktober 17, 2008

JAMUAN KEKELUARGAAN AIDILFITRI MAF

pada : JUMAAT , 24 SYAWAL 1429 (24 OKT 2008).

aturcara :

· 6.59 mlm : - AZAN , SOLAT MAGHRIB & TAZKIRAH OLEH :

YBHG. DATO ISMAIL KAMOS

· 8.10 mlm : - AZAN & SOLAT ISYAK , JAMUAN DI PERKARANGAN MAF & BERSURAI.

Selasa, Oktober 14, 2008

JEMPUTAN KE MAJLIS SILATURRAHIM AIDILFITRI
& PENGIJAZAHAN SANAD
kitab
"ABWABUL FARAJ = PINTU-PINTU KELAPANGAN / KESENANGAN "

karangan :
DR SAYYID MUHAMMAD ALAWI AL-MALIKI AL-HASANI
.
oleh :

SAYYID AHMAD BIN MUHAMMAD BIN ALAWI AL-MALIKI AL-HASANI
(anak Pengarang Kitab)
.
Tarikh :
RABU , 15 SYAWAL 1429
15 OKT 2008
.
Jadual :
* 7.0o mlm = Azan & Solat Maghrib ,
bacaan Ratib Haddad & bacaan Tahlil,
* 8.20 mlm = Azan & Solat Isyak , bacaan Qasidah ,
PENGIJAZAHAN SANAD KITAB ABWABUL FARJ ,
jamuan & bersurai
.
Tempat:
Pusat Pengajian Ba'Alawi,
No 9 Jalan UP2A Prima Ukay Kemensah Height
(Jalan belakang Zoo Negara), K. Lumpur
.
[masuk ikut tepi Zoo Negara, terus sehingga jumpa simpang pertama – ada signboard disitu – masuk kiri, - ke Jalan 1 - terus sehingga jumpa Jalan 3 - ikut kiri, terus sehingga jumpa jalan 5 - kekanan, terus sehingga nampak guardroom sebelah kiri – masuk masuk kiri – terus dan ambil kiri kemudian ambil kanan – dan parking diawal jalan - ]
.
semua muslimin dan muslimat dijemput hadir